Latest Stories

RECENT POST @ Entri Terkini

Thursday, October 18, 2007

Sambutan Hari Jadi Fasha Sandha, Hubungan Fasha & Pierre Andre Intim?

Bergegar juga dunia hiburan bila dikhabarkan Fasha Sandha sedang menjalinkan hubungan intim dengan Pierre Andre. Jealous pula nanti Ally Iskandar yang kini sedang sibuk menyanyi “Jom, jom, jom, jom heboh-heboh” di kaca televisyen. Jom-jom, juga tetapi sampai tertinggal pula Fasha di set penggambaran. hehe..



Kata Pierre, “”Saya susah nak jatuh cinta, tapi bila saya kenal dia menerusi filem 9 September, saya dapat lihat ada something special pada diri dia. Saya akui, kami memang setiap hari sering hubungi antara satu sama lain,”.






[CARA MEMIKAT WANITA DA’ BOMB]


Ada yang mengibaratkan hubungan mereka sebagai ‘cinta lokasi’, memandangkan Fasha juga sebelum ini juga pernah dilanda gosip yang sama dengan Yusry KRU ketika penggambaran filem Cicak-Man tidak lama dulu.



Namun, sambil melemparkan senyuman, Pierre dengan tenang tetap menjawab segala pertanyaan yang diajukan wartawan dengan baik, walaupun jelas dari riak wajahnya seperti menyembunyikan sesuatu. “Kami memang mula rapat ketika jalani penggambaran di Pangkor bulan lepas. Apa yang saya boleh katakan, kami masih di dalam proses mengenali hati budi masing-masing.”Saya lihat dia bukan sebagai Fasha Sandha, tetapi sebagai Nur Fasha Sandha. Saya tidak lihat dia sebagai bintang, tetapi saya lihat dia dari sudut pandangan seorang lelaki biasa yang boleh jatuh cinta,” ujar Pierre ketika ditemui pada majlis sambutan hari lahir Fasha yang ke-23 di Senja Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Walaupun enggan mengesahkan ’status’ hubungan mereka ketika ini, jejaka berusia 22 tahun itu tetap mengakui ada sedikit ‘perasaan’ terhadap Fasha. “Saya tidak suka mencari, biarlah ia datang sendiri. Lagi satu, orang selalu keliru tentang sayang dan cinta. Dua perasaan itu sebenarnya berbeza. Saya hanya boleh akui, saya selesa dengan Fasha. Haii Pierre, adakah anda seorang yang berperasaan begitu…Syok sendiri? Hmm walau bagaimanapun, para peminat dan wartawan dikatakan pernah melihat mereka berciuman pipi..



Hmmh bagi saya itu normal, bebudak universiti yang sosial pun cium sana-sini, tetapi nak kata ada hubungan tu tidak jugak..Orang sekaranglah katakan… Kareer Fasha tatkala ini memang betul sedang melonjak naik, wang dari hasil Natasya 2, 9 September, duta produk Maybelline telah dikatakan menjadikan Fasha seorang jutawan and she’s only 23 years old.



FASHA BERMESRA DENGAN PIERRE ANDRE




FASHA SEWAKTU DI FIESTA MEDIA IDOLA 2006




MENGIMBAS KEMBALI SAMBUTAN HARI LAHIR FASHA YANG KE-22 TAHUN LALU




FASHA SANDHA AS UGLY BETTY ;-D






KEMATANGAN FASHA JUGA MENCORAKKAN CARA PEMAKAIANNYA

1 comment:

zaizai said...

popping by to say hello.. welcome to nuffnang.. feel free to visit me @ www.yanpingluvhim.blogspot.com thank u